Powered By Blogger

Monday, December 6, 2010

MENGGUNAKAN BLOG DALAM PENDIDIKAN

Sebelum ini saya pernah memberikan istilah-istilah yang sentiasa di gunakan dalam blog seperti blog, blogger dan juga blogger service. Kali ini ingin saya berkongsi tentang kelebihan serta manfaat yang dapat diperolehi. Saya ada membuat sedikit pencarian terhadap kelebihan-kelebihan yang di nyatakan oleh blogger-blogger yang memang sudah lama serta arif dalam dunia blog ini. Mereka sendiri mengakui bahawa blog adalah satu medan serta tapak untuk mereka manfaatkan pengetahuan sebagai penulis atau sesiapa sahaja yang mahu belajar menulis.

Melalui penulisan di blog para pendidik boleh berkongsi maklumat tentang pengalaman serta pengetahuan mereka. Saya sendiri ada melakukan sedikit blogwalking (pencarian bke blog-blog) dan menemui blog yang merupakan blog-blog pelajar sekolah. Ini kerana, dewasa ini blog telah menjadi gaya hidup masyarakat. Inilah tempat mereka meluahkan apa saja. Di sini, sebagai pendidik, kita harus ambil peluang yang ada. Para pendidik boleh berinteraksi dengan pelajar melalui blog. Sama-sama menjadi follower. Blog ini satu fenomena baru, tak salah jika melaluinya para pendidik manfaatkan dengan semaksima mungkin dalam dunia pendidikan

Mungkin ada di antara guru-guru yang mencari kaedah untuk memberi kelainan serta tarikan bagi menarik minat para pelajar dalam subjek-subjek tertentu. Ada kalanya pelajar-pelajar ini bosan dan tidak berminat dengan kaedah pembelajaran dalam kelas. Sepatutnya sebagai seorang pendidik yang sentiasa peka serta ingin ilmu yang ada ini dapat di salurkan kepada anak bangsa dengan berkesan sentiasa mencari alternatif baru. Salah satunya blog. Peluang yang saya maksudkan ialah, pelajar sendiri sudah mempunyai blog, tidak salah jika pendidik itu memainkan peranan untuk menjadikan blog ini satu tapak atau medan mereka mengutarakan isu-isu berkenaan subjek yang di ajar dalam kelas. Saya yakin bahawa menggunakan kaedah ini, pelajar lebih aktif untuk memberikan pendapat serta pandangan.

Pendidik bukan sahaja bertanggungjawab dalam memastikan anak didiknya mendapat ilmu yang di ajar, mereka juga sentiasa memastikan anak bangsa ini betul-betul bersedia dalam mengharungi kehidupan mereka. Dengan ini, pendidik cuba untuk menjadikan para pelajar ini sebagai kawan. Adakah dalam kelas pendidik mampu untuk menerokai dunia pelajar mereka? Adakah para pelajar sudi menceritakan permasalahan kepada guru? Tidak salah jika saya katakan blog adalah tempat guru-guru menerokai isi hati pelajar mereka.

Di sini ada beberapa blog yang mengutarakan kelebihan blog dalam pendidikan:
  1. Manfaat blog bagi pendidikan guru
  2. Manfaat blog bagi dunia pendidikan
  3. Manfaat blog untuk pendidikan
.
Antara blog pendidik:
  1. Koleksi soalan dan latihan sejarah 2 spm
  2. Laman Cikgu Sejarah
.
Bersama kita membincangkan isu blog dalam pendidikan. Mungkin ada di antara blogger terutama pendidik sendiri ada pandangan serta pendapat berkenaan isu ini. Atau mungkin apa yang di perkatakan tentang blog tidak sesuai dengan pendidikan. Semua terpulang pada pendapat dan pandangan individu.

No comments: