Powered By Blogger

Monday, December 6, 2010

Sejarah Internet

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ merupakan sebuah rangkaian gergaji komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish, 1996). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih 160 buah negara (Zoraini, 1995). Negara kita telah meletakkan ICT dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3, 2001-2010) sebagai media utama untuk membina pengetahuan baru dan meransang berkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Internet ini telah dimulakan di Amerika Syarikat dalam tahun 1969 melalui satu rangkaian yang dikenali sebagai ARPANET (Advance Research Projects Agency Network). Tujuan ARPANET ini dibangunkan adalah supaya penyelidik dan ahli sains dapat saling bertukar maklumat ketenteraan dengan mudah. Pada tahun 1972, ARPANET menggunakan Network Control Protocol (NCP) untuk memindahkan data yang memberi laluan untuk pengguna berkomunikasi dalam rangkaian yang sama. Pada tahun tersebut juga e-mel telah diperkenalkan supaya setiap individu dalam berhubung melalui maya tanpa sempadan. Pada tahun 1979, kumpulan diskusi UseNet ditubuhkan. Kemudian pada tahun 1982, NCP telah ditukar kepada TCP atau IP (Transmission Control Protocol). Protokol ini telah diperkembangkan oleh satu kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Vinton Cerf dan Bob Khan. Protokol ini telah membolehkan pelbagai rangkaian komputer berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Pada tahun 1982 juga, istilah internet telah digunakan secara rasmi (Net Timeline, 2000).



Pada tahun 1989, National Science Foundation (NSF) telah menubuhkan 5 pusat wilayah ‘superkomputer’ yang boleh dikongsi bagi tujuan penyelidikan akademik. Ini merupakan permulaan kepada World Wide Web (WWW). Pada tahun 1991, Ghoper dan WAIS (Wide Area Information Service) telah diperkenalkan dan seterusnya pada tahun 1993 Mosaic diperkenalkan. Ia merupakan pengimbas web yang kemudian diambil alih oleh Netscape Navigator. Pada tahun 1994, NSF mempunyai 5000 pusat wilayah dan merangkumi pelbagai agensi, kampus universiti dan perniagaan.

Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan teknologi internet membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Gabungan kedua-dua teknologi ini semakin merancakkan lagi penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan. Ini adalah kerana sejak kebelakangan ini penggunaan teknologi World Wide Web atau internet menjadi begitu dominan dalam kehidupan manusia. Penggunaan teknologi ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem pendidikan negara samada di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Pembelajaran menerusi internet atau web adalah pendekatan baru yang semakin mendapat perhatian dan ia masih dikaji daripada pelbagai aspek oleh golongan pendidik (Khan, 1997).
 
 
 

No comments: